Search This Blog

Thursday, September 29, 2011

PaSrAh SeGaLaNya

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
 
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di laut sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai
 
Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau Maha Mengetahui
Segala apa yang terbuku di hati
 
Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
 
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan
 
Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci

Sunday, September 18, 2011

HaK bErCiNta..

"Mencintai seseorang itu adalah hak kita,
namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan sah dan halal itu bukan hak kita. 
Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki. 
Dia pasti akan kembali seandainya Allah menjadikan ia untuk kau miliki atau Allah akan menggantikan dengan yang jauh lebih baik. 
Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN hak kita..."


 

Tuesday, September 13, 2011

SeGaN...

Segan bila tangan lagi laju membuka laptop dari membuka kitab Allah.

Segan bila kaki lagi cepat untuk ke mall (tempat maksiat) dari melangkah ke masjid.

Segan bila mulut asyik bercerita hal dunia dari berzikir mengingati Allah.

Segan bila telinga lagi seronok mendengar lagu yang menyeronokkan jiwa berbanding mendengar kalam Allah...
subhanallah...wahai diri...insaflah...
 
 

Monday, September 12, 2011

AnDai MAsiH aDa RiNdu


Dan hati ini tidak mampu menidakkan rasa cinta,
Cinta yang semakin mendalami diri dan jiwa,
Ku tak bisa memejamkan rasa,
Saat ia nyata makin membara,
Membelah setiap pancaindera dan deria,
Hingga aku lemas dalam kemelutnya.

Tuhan..

Andai penantian ini ada jawapannya,
Pujuklah hati ini untuk setia dijalan yang KAU redha,
Hadirkan ketenangan agar tidak terkandas dalam kabus cinta,
Berikan pedoman agar rindu itu berpada-pada,
Iringilah Maluku berserta iman di dada,
Agar rasa kasih ini tidak mencalarkan maruah diri yang dijaga.
Tapi jika qada' dan qadar itu mengatakan sebaliknya,
Kurniai aku kekuatan untuk melaluinya,
Palingkanlah cinta ini untuk yang selayaknya,
Kerana aku insan yang tiada daya,
Maka bantulah aku melupakannya,
Jika itu takdirNYA..

Allah..

Andai masih ada rindu,
Kupohon hilangkanlah ia dari hatiku,
Kerana ketidakpastian itu mengganggu,
Perasaan ini mengecewakan insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian permata berharga milikMU..

Ameen.

Friday, September 9, 2011

kEnAPa jAdI bEgINi??

kenapa jadi begini???
awak lain sangat...
salah saya k??
atau awak mudah berubah??
kenapa buat saya macam ni...??
xcukup lagi k...pengorbanan saya selama ini??
atau awk ni jenis yg xtahu hargai orang.???
besar sangat k salah yang saya buat???
xkan awak xleh maafkan saya???




saya jadi begini kerana sifat awak...
saya jadi lain kerana awak telah tikam saya dari belakang....
ya...bagi saya awk memang bersalah...
hati saya akan berubah andai saya dilukai...
sebab awak telah lukakan hati saya...padahal awk tahu keadaan saya...
saya hargai pergorbanan awak.....tapi pernah awk hargai pergorbanan saya???
kalu saya xhargai awak...dah tentu sya xnak jumpa awk...
bagi saya...kesalahan awak mmg besar....sehingga saya xduga awk sanggup buat macam tu...
ya saya boleh maafkan awak....tapi agak sukar bagi saya untuk menganggap awk salah satu dari hidup saya dahulu.... ..berikan lah saya masa....untuk hadapi semua ini...


jangan terlalu nampak yang awak bersalah pada saya...
kenapa mesti takut bersemuka dengan saya kalu awk xbersalah...
if you are wrong...please say SORRY....
it is simple thing...but have big MEANING..