Search This Blog

Sunday, December 26, 2010

iSLaM iTu BuKaN HanYa Di SeKoLaH AgaMa

Izzati. Indah nama itu. Secantik dan semulia akhlak insan yang menjadi pemegangnya. Hidup di IPIS (Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam) memang merupakan impiannya sejak sekian lama. Sudah hampir 3 tahun dia berdoa agar dirinya nanti dihantar ke suatu tempat yang dia kira cukup Islamik ,agar mudah untuk dia mengubah diri serta jalan hidupnya.
Bukan selama ini dia tersesat, cuma dia ingin menjadi seseorang yang baru, berbeza dengan dirinya yang dahulu. Sungguh Allah itu Maha Mendengar. Mengalir air mata suci daripada sepasang mata yang sering melemparkan pandangan bening itu. Begitu dia bersyukur apabila doanya dijawab. Subhanallah. Allah itu Maha Berkuasa.



6 bulan pertama berada di IPIS sudah cukup untuk merubah segala-galanya tentang dirinya. Usahkan penampilan, cara pergaulan dan percakapannya berubah sama sekali. Dia kini seorang yang serba baru. Meskipun begitu, dia tidak pernah lupa asal usulnya. Siapa dia,dari mana dirinya.
Setelah 6 bulan berada di IPIS, sudah tibalah masanya untuk pulang ke pangkuan keluarga tercinta. Sedih juga rasanya untuk meninggalkan IPIS yang kini sudah menjadi sebahagian daripada jiwanya.
"Assalamualaikum!! Izzati dah sampai!! Mak, Ayah!!" Terdengar suaranya yang lantang memecah keheningan subuh...
"Wajah insan tersayang kini sudah berada di depan mata. Apalagi, pergilah peluk!", gertak jiwa kecilnya.Tidak tergambar rasa gembiranya hati apabila dapat mengucup pipi ibu serta ayah tercinta.
Perubahan Izzati sedikit sebanyak telah mempengaruhi orang di sekelilingnya. Ada yang boleh menerimanya dengan baik. Tidak kurang juga yang memandang serong terhadapnya. Tetapi, bukan itu yang Izzati risaukan. Kini, dia sudah ada tanggungjawab besar yang akan disoal di akhirat kelak. Tanggungjawab untuk menyampaikan ilmu yang ada padanya. Ilmu yang masih sangat sedikit itu ingin dia kongsikan bersama dengan harapan mereka akan turut merasakan betapa manisnya hidup mengikut acuan Islam sejati.
Perjuangan Izzati tidak mudah. Untuk mengubah keluarga sendiri pun dia masih tertatih-tatih. Walaupun begitu dia tidak pernah berputus asa. Hampir setiap hari, ada sahaja terdengar suaranya memenuhi rumah dengan nasihat serta pengajaran yang penuh bermakna. Ada kalanya kaum keluarga mendengar dengan penuh perhatian. Ada pula waktunya Izzati seperti berbicara sendirian kerana orang-orang di sekelilingnya sudah bosan dengan ucapan yang agak sama setiap hari. Tetapi, tidak pernah pula sikap seperti itu merubah semangat Izzati.
Hari itu Izzati pergi menziarahi neneknya yang kurang sihat di kampung. Alangkah gembiranya Izzati apabila dia menemui seorang sahabat lama yang dahulunya turut bersamanya bermain teng-teng dan meneruskan perjuangan bersama sehingga ke sekolah menengah. Tetapi,dalam kegembiraan tersebut timbul sedikit kesedihan di hati Izzati. Lia yang dia kenali dahulu sudah berubah sama sekali.T udung tidak lagi menutup rambutnya. Rambutnya kini pula sudah dihiasi dengan segala jenis macam warna yang menyakitkan mata yang memandang. Belum lagi ditambah dengan tindikan-tindikan di telinga yang melemaskan jiwa. Baju yang nipis dan ketat.Pergaulan dengan lelaki?? Tidak mampu Izzati membicarakan perihal Lia yang selanjutnya.
"Lia, kenapa Lia berubah? Kenapa Lia tak pakai tudung? Rambut Lia ni... dulu kan cantik.. Lia dah lain sangat. Janganlah macam ni Lia. Zati rindu Lia yang dulu. Lia yang lembut, sopan, pemalu, yang jaga aurat dan yang paling penting, jaga pergaulan..." keluh Izzati pada suatu petang yang sunyi.
Lia hanya mendiamkan diri. Mungkin sedikit terkesan di hatinya apabila kata-kata seperti itu diucapkan oleh sahabat karibnya sendiri. Memang dia akui kata-kata Zati itu betul semuanya. Tetapi, suasana di kampung memang telah banyak mempengaruhi gaya hidup Lia. Bergaul dengan remaja sebayanya yang bermasalah telah betul-betul menjadikan Lia insan yang berbeza. Dengan nada yang agak keras, Lia menjawab segala persoalan yang Izzati ajukan padanya.
"Zati... Zati kne ingat. Ini kampung. Bukan macam tempat Zati IPIS tu Islamik. Memanglah senang Zati nak kekalkan diri Zati yang baik ni. Kampung ni. Macam-macam ada. Orang-orang yang tinggal dalam kampung ni bukan sembahyang sangat pun. Kalau dah yang tua-tua itu pun tak dapat nak jadi contoh, macam mana kita orang yang muda ni nak jadi baik? Zati patut ajar yang tua-tua tu dulu, baru ajar Lia. Zati cakap senanglah. Nanti, kalau Zati dah lama-lama kat sini, mesti Zati pun berubah. Takkan bertahannya diri Zati yang sekarang ni. Percayalah cakap Lia .Zati janganlah nak jadi hipokrit. Buat-buat baik kat sini untuk tunjuk kat kita orang semua. Lia tahu Zati ni siapa. Pasal tudung dan rambut tu, tempat ni lain Zati. Kalau kat IPIS Zati wajib pakai tudung labuh ,kat sini tidak ada peraturan macam itu. Jangan pula Zati nak wujudkan peraturan sendiri. INI BUKAN IPIS!"
"Astarghfirullahalazim! Lia! Kenapa Lia cakap macam itu?! Islam itu ada di mana-mana Lia. Bukan dekat IPIS sahaja. Sebagai umat Islam sejati, sudah menjadi kewajipan kita untuk mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah walau di mana pun Lia berada. Jangan jadikan suasana kampung ini sebagai alasan untuk Lia berubah. Lia, kalau orang di sekeliling Lia tidak mampu untuk mendidik Lia, Lia patut didik dan kuatkan diri sendiri. Memang tidak mudah Lia. Zati pun tak rasa mudah untuk kekal begini. Tetapi, itulah hakikatnya. Kita takkan mampu untuk berubah sekiranya kita sendiri tidak berusaha. Ingat Lia. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu umat itu sehingga mereka sendiri berusaha untuk berubah.." berlinang air mata suci Izzati tatkala mengucapkan kata-kata tersebut.Sungguh tidak disangka,sampai begitu sekali Lia berubah.Baru 6 bulan mereka berjauhan ,Lia sudah jauh pergi meninggalkan agamanya.



"Ala...Janganlah Zati nak buat-buat suci kat sini. Tempat ni lain Zati. LAIN! Zati pakai macam ni,tudung-tudung yang macam 'khemah bergerak' ni, Zati ingat orang sanjung Zati ke? Budak-budak kampung ni... hari-hari mengumpat Zati.. Zati datang je dia orang gelarkan Zati 'khemah bergerak'. Kelakarlah Zati. Janganlah pakai macam ini lagi Zati. Tak sesuai kat sini. Kita dekat kampung, buatlah macam cara dekat kampung. Nanti, kalau Zati dah balik IPIS, sesuailah Zati pakai macam ni. Memang wajib dekat sana kan? Dekat sini tak pun.." Dengan nada selamba Lia mengucapkan kata-kata tersebut.
Zati hampir pengsan apabila mendengar kata-kata seperti itu diucapkan oleh sahabatnya sendiri. Bertambah pilu dan sedih hatinya. Bukan kerana gelaran 'khemah bergerak' itu atau umpatan orang kampung, tetapi kerana cara hidup sahabatnya yang kini semakin jauh dari Allah. Dalam diam Zati berdoa di dalam hati agar dosa-dosa sahabatnya itu diampunkan oleh Allah dan dibukakan semula pintu hatinya untuk kembali pada Islam. Sungguh kasih dia pada sahabatnya ini sehingga tidak sanggup dia untuk melihat Lia tersiksa di akhirat kelak. Azan maghrib yang berkumandang menyedarkan Zati. Cepat-cepat dia menyeka air matanya. Dia segera membetulkan tudungnya.
"Lia, jom balik.Dah masuk waktu maghrib. Kita solat. Hari ini kita baca surah an-nisa' serta tafsirannya sekali."
Teringat Izzati saat-saat indah dahulu di mana dia dan Lia seringkali membaca al-quran bersama-sama dan bertadabbur di surau berhampiran rumah neneknya. Sungguh indah waktu itu.
"Jom Lia.." Izzati menarik lembut tangan sahabatnya itu.
"Takpe. Zati pergilah! Hati Lia sudah tertutup untuk itu. Lia nak keluar dengan kawan-kawan Lia kejap lagi ni. Bila Lia dah dapat SERU nanti Lia solat. Kita masih muda Zati .Masih banyak masa untuk kita. Zati ni macam org tua la. Sibuk beribadah macam dunia ni dah nak kiamat. Dia orang patutlah buat macam itu. Umur pun dah tak panjang.Kita ni muda lagi".
Astarghfirullahalazim. Pedih sekali hati Izzati mendengarkan kata-kata sahabatnya itu. Izzati sudah tidak mampu lagi berdiri di situ. Dia segera berlalu. Kudratnya sudah lama habis. Lemah dirinya apabila mendengarkan kata-kata Lia. Di dalam hati Izzati banyak-banyak berdoa dan meminta keampunan kepada Allah di atas kelemahannya yang tidak mampu untuk membantu sahabatnya itu.Dia pergi meninggalkan Lia dengan linangan air mata.
Setelah hampir dua bulan bercuti, kini Izzati akan kembali semula ke IPIS untuk semester kedua. Perjuangannya kali ini pasti lebih sukar. Azamnya kali ini lebih tinggi. Bila dia kembali lagi nanti, dia akan buat lebih banyak lagi.
"Zati!!" Terdengar sayup-sayup suara Lia memanggilnya dari jauh. Zati menoleh ke belakang.
"Lia...dah lama tak jumpa Lia. Zati nak balik dah ni. Nanti Zati datang sini lagi. Ingat Lia .Islam itu ada di mana-mana. Bukan di IPIS saja. Di sini juga.. di HATI..." ucap Zati smbil meletakkan kedua-dua tangan sahabatnya di dadanya.
Kemudian Izzati berlalu pergi.Dengan linangan air mata, dia berharap agar pintu taubat masih terbuka untuk sahabatnya itu. Lia hanya terdiam dan tergamam. Masih cuba untuk memahami kata-kata Izzati tadi.

- Artikel iluvislam.com

Friday, December 24, 2010

SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!

Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP .

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : 'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'

Maka jawabnya Rasulullah saw 'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'.' Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.

Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.

Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
' Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. '

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu.'

Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. ' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' Surah Al-Baqarah : 237

Untuk renungan dan amalan bersama ....
Berpesan-pesan untuk kebaikan.

dipetik dari fitri haris's note.

Thursday, December 16, 2010

AmALAn BuLAn MuHArAM



 salam...masih belum terlambat lagi untuk aku berkongsi maklumat tentang kelebihan bulan muharam


ANTARA AMALAN SUNAT PADA BULAN MUHARAM
1. Berpuasa.
Maksud Hadis:Brgsiapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
Maksud Hadis:brgsiapa yg berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat & Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir & sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dgn sanadnya dr Ibnu Abbas RA berkata: Nabi SAW bersabda yg bermaksud;
Brgsiapa yg berpuasa pd hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kpdnya pahala 10,000 malaikat;
dan barangsiapa yg puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10,000 org Haji dan Umrah, dan 10, 000 org mati syahid;
dan siapa yg mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dgn rambut satu darjat.
Dan brgsiapa yg memberi buka puasa org mukmin yg berpuasa pd hari Assyuuraa', maka seolah2 memberi buka puasa semua umat Muhammad
SAW. dan mengenyangkan perut mereka.

Sahabat bertanya; Ya, Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Assyuuraa' dari lain-lain hari.
Jawab Rasulullah: Benar!.
Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'

Abul-Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Ikrimah berkata; Hari Assyuuraa' ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir'aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa a.s. dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat; engkau berpuasalah pada hari Assyuuraa'.

Abul-Laits meriwayatkan dgn sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata; Bahawa siapa yg melapangkan pada keluarganya pada hari Assyuuraa', maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.

Said bin Jubair dari Ibn Abbas r.a. berkata; Ketika Nabi SAW. baru hijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Assyuuraa'; maka tanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka; "Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa a.s. dari Bani Israil terhadap Fir'aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini". Maka sabda Nabi SAW.; "Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu". maka Nabi SAW. menyuruh sahabat supaya berpuasa.


 

PERKARA SUNAT PADA 10 MUHARAM

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya- Allah akan melapangkan hidupnya pd tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bg tiap2 rambut yg disapunya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pd tahun itu. Lafaz niat: "Shj aku mandi sunat hari Asyura krn Allah Taala."
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
.
Posted Image

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama2 puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.; "Brgsiapa yg berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun & siapa yg bersedekah pd hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." (HR Albazzar)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya org tentang puasa hari arafah. Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yg lalu dan yg akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yg lalu".(Sahih Muslim)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya org Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura & Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pd hari asyura & menyuruh org lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat org yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yg baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dgn Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh org lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Rasulullah s.a.w. bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." (HR Al Baihaqi )

Bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yg berpuasa sehari dlm bulan Muharram maka baginya menyamai 30 hari berpuasa."

Bersabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yg berpuasa pada 10 Muharram maka ALLAH anugerahkan pahala 10 ribu ibadah para Malaikat, dan dikurniakan pahala 10 ribu syuhada' (mati syahid), dan dikurniakan pahala 10 ribu pahala Haji dan Umrah"

Bersabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yg melapangkan kesempitan keluarganya pada 10 Muharram maka ALLAH melapangkan kesempitannya sepanjang tahun tersebut."

Bersabda Rasulullah SAW "Seafdhal-afdhal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seafdhal-afdhal solat selepas solat fardhu ialah solat pada 1/3 malam 10 Muharram"

Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dgn hari2 yg lain ?" Sabdanya :
- ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
- ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
- Diciptakan lautan pada 10 Muharram
- Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
- Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
- Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
- Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
- Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
- Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
- Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
- Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
- Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
- Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
- Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
- Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
- Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
- Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
- Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
- Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
- Awal-awal hujan yg turun dari langit pada 10 Muharram
- Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
- Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram
-
" Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi terang" (Ar-Ra'd:28)

Firman Allah SWT didalam surah Yasin ayat 65; yg bermaksud ……`Pada hari Kami tutup mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian kaki-kaki mereka terhadap apa yg dahulu mereka usahakan'.
Sesungguhnya Allah SWT menakdirkan kebaikan dan keburukan dan sebab-sebab di antara keduanya. Dia-lah yang telah menentukan taqdir-taqdir dan mengatur sebab-sebabnya.
Wallahua'lam.

Sebagaimana Ibnu Abbas ra mengatakan: “Jika datang Hari Raya, hari Asyura’, hari Jumaat yang pertama dari bulan Rajab, malam Nisfu Sya’ban, Lailatul Qadar, dan malam Jumaat, roh-rohnya para mayat semua keluar dari kubur mereka dan mereka semua berdiri di pintu-pintu rumahnya seraya berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami di malam yang berkah ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah. Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah Al-Fatihah di malam yang penuh keberkahan 


dari www.iluvislam.com

Monday, December 13, 2010

WebSiTe??

ari ini kene belajar buat website...walaupun xtahu ape pun..namun aku tetap kene cube buat..
pening kepala memikirkanya
nak xnak kene ah cari kat internet...


terpaksa lah buke tenet cari maklumat.untuk buat website...
xpe.... cube insyaAllah boleh...

Saturday, December 11, 2010

MaMpUkAh AkU???

mampukah aku menjadi seperti siti khadijah?
agung cintanya pada ALLAH dan RASULULLAH,
hartanya diperjuangkan ke jalan Allah,
penawar hati kekasih Allah

dapatkah aku didik jiwa ini seperti siti aisyah?
isteri RASULULLAH yang bijak..
pendorong kesusahan  dan penderitaan..
tiada sukar untuk dilaksana

mampukah aku menjadi seperti siti fatimah?
akur dengan perintah dan taat kepada ayahnya,
yang sentiasa berkorban dan berjuang..

ketika aku marah.
ingin ku mengumpul kesabaran seperti siti sarah,
tapi mampukah aku?

mampukah aku  untuk tabahkan jiwaku ini,
setabah ummi ismail, siti hajar,
mencari air diterk padang pasir,
namun pengharapannya hanya pada ALLAH...

mampukah aku menjadi wanita solehah sepertinya??
ya ALLAH...moga aku diberi kekuatan dalam semua pekara.. amin...

Wednesday, December 8, 2010

SeNyUm....

nak share sikit..
no one can turn back to pass and start a new beginning....
but, every body can start today to make a better ending....


selamat malam.....
moga sentiasa dilindungi Allah.. dan mendapat keredhoan darinya... amin....

MuhArAm....N....RiNdU SeMua....

masih belum telambat untukku mengucapkan selamat menyambut tahun  baru ...(maal hijrah)
nak  nyayi rase...hehe...

"1muharam detik permulaan..
penhijrahan tahun islam hijrah..
pepindahan nabi dan umat islam...
dari kota mekah..ke kota madinah....."

BERTUKAR (mood) ......dah macam power rangers..hahha..

sekarang nie aku betul rase sunyi....(sebab dah malam..org lain dah tido...)
entahlah.....xtahu nak gambar macam mane perasaan ini...(sebab xpandai lukis..nak gambar macam mane)...
rindu pula kepada teman seperjuangan.... macam mane ah dia orang?? sihat k x???  (insyaAllah sihat.)


kenangan ketika berjaya menakluki gua tempurung...hehhe....
nak pergi lagi....gua tempurung...tunggu kedatanganku......


naik jambatan gantung.... (mood=happy+++)


bersantai di taman botani...
lepas penat berprogram bersama.....best....nak buat lagi...
bile lah kita boleh berjumpa....

Friday, December 3, 2010

kEsiBukan .....

malas rasanya nak menulis report laporan.....
walaupun ini baru minggu pertama..tapi aku xnak tangguh2 buat report...takut xsempat....
start smlam aku dah ada banyak keje....banyak kene guna adobe..... mujur reti....

walau kesibukan..sempat lagi buat pizza......(bersama abang + adik ku)...
 
 sekali tengok macam sedap....2kali tengok dah rase macam pelik....ape pun best....

Tuesday, November 30, 2010

BeRmULa......LaTiHaN iNdUsTri...

alhamdulillah...hari ini merupakan hari kedua aku menjalani latihan industri atau juga dikenali sebagai praktikal.... di universiti sultan zainal abidin atau dikenali sebagai UNISZA


mula2 nak pergi tu bukan main lagi jantung ku berdenyut... rasa nak tercabut...(hari pertama)
macam-macam difikirkan... namun ku tempuh dengan sabar....
masuk je terus aku ke bahagian pendaftaran.... namun orng yang patut aku temui  tiada disitu (pergi handle org kursus) jadi aku tunggu lah kat pejabat itu seharian....mujur pekerja sana ramah orangnya...xlah kekok....


 ini lah dia tempat praktikal aku....cantik x???? name pun sedap...(imperial house)

hari ini pun sama...orang tu masih tidak muncul lagi....  boring...hanya allah saja yang tahu...
tu pun ada staff yg minta pertolongan aku...susun dokumen...update antivirus kat pc diorang....

lepas tu ape lagi...main games lah.... bukn tu aje...aku pun macam xpercaya kenape aku jadi begini....aku boleh habis tengok cite korea (my little bride) kat youtube....ish.... teruk betul lah....
esok macam mane pulak??? kalau org tu x datang lagi...ape nak buat??? puasnya....

KiTa BeRtAnYa DaN aL-QuRAn MenjAwaB

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
AL-QURAN MENJAWAB : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut, ayat 2-3).


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
AL-QURAN MENJAWAB: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” ( Surah Al-Baqarah, ayat 216).


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
AL-QURAN MENJAWAB : “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah, ayat 286).


KITA BERTANYA : KENAPA RASA TERTEKAN (FRUST)?
AL-QURAN MENJAWAB : “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Al-Imran, ayat 139).


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
AL-QURAN MENJAWAB : “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” ( Surah Al-Baqarah, ayat 45).


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
AL-QURAN MENJAWAB : “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… ? (Surah At-Taubah, ayat 111).


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
AL-QURAN MENJAWAB : “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah At-Taubah, ayat 129).


KITA BERKATA : AKU TIDAK DAPAT TAHAN!!!

AL-QURAN MENJAWAB : “… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf, ayat 12).

Friday, November 26, 2010

DIA SEGALANYA.......akan ku terima

tipulah kalu aku menyatakan aku tidak terkejut dengan result exam aku kali ini....mana x terkejut semuanya diluar jangkaanku...
sedh pun ada...namun aku harus bersyukur atas pemberiannya...
mungkin ada hikmahnya...

mungkin selama ini dia telah memberikan segalanya..(result yg terbaik)...namun aku rasa aku yang xmenghargainya... sebab itulah dia menarik balik...

kalu dulu aku selalu ada perasan ingin memberitahu keputusan itu kepada orang lain... namun kali ini tidak... kenapa???? mungkinkah aku ini ada sifat takbur pada diri...
ya allah ampunkanlah aku...

apapun aku telah cuba sedaya usaha...aku telah berusaha...mungkin dia masih ingin mengujiku...dengan pelbagai ujian...
ya allah...aku selalu berasa diri ini diuji dengan kerap...



namun aku sedar semuanya adalah tanda rasa cintamu terhadap diriku....
engkau jadikanlah aku sebagai seorang hamba yang engkau sayangi.... tanamkan lah cinta dan rasa kasih sayang kepadamu dalam diriku ini..dan
tabahkanlah hatiku agar aku tidak lalai..dan biarkanlah aku sentiasa berada dalam landasan agamu ini...

Sunday, November 7, 2010

MeMoriku....

assalamualaikum...

alhamdulillah....syukur ke hadrat illahi kerana memberi nikmat hidup hingga hari ini kepada diriku...

lama sudah aku tidak mencoretkan sesuatu dalam laman ini...
ari ni adalah ari pertama aku menjalani boot camp... yang akan berlangsung selama seminggu...penat memang penat... dari pagi sampai petang... ada juga sampai malam...
tambahan pula ada lagi paper final.... walaupun tinggal satu lagi...namun banyak yang perlu dicover.... xtahu nak buat yang mane satu...

dicampur pula dengan perasan rindu nak balik kampung....dugaan !!!!!

dikesempatan ini ingin ku kongsikan gambar jpk sesi julai 2010....
kenangan terindah.....



walaupun ahlinya tidak cukup...namun semuanya menjadi ingatan buatku....

Wednesday, August 18, 2010

wanita ibarat lolipop???




Budak kicik tanya papa dia : "papa, besar nanti adik nak jadi macam akak tu la," sambil menunjukkan sekumpulan remaja perempuan yang berpakaian agak menjolok mata. Papa dia terkesima lalu berkata :"isshhh..tak boleh syg..agama tak ajar kita berpakaian mcm tu..berdosa tau," sambil mengharapkan anak kecilnya faham.. "abis tu, kenapa adik tgok artis2 pakai mcm ni, pastu dlm tv ckp pakai mcm tu nampak glemer," si ayah menghela nafas panjang.. dahulu pernah juga si kecil bertanya soalan yang mirip2 seperti ini, dan ketika itu si ayah kaget dan terkesima utk menjawab.

datang ilham yang entah dari mana, terus si ayah bertanya kpd anaknya :"sayang suka makan lolipop tak?".. anaknya menjawab :"mestilah suka.".. lalu si ayah berkata :" masa kita beli lolipop, dia berbalut kan?" tanya si ayah menduga si kecil. "betul papa, berbalut." Si ayah menambah "katakanlah sayang bukan pembalut lolipop, kemudian biarkan di ruang terbuka, agak2 apa yang akan berlaku?" anaknya menjawab :" hurmmm..mesti lalat datang dekat papa..ye la, sebab benda tu manis..takpun semut yang akan datang.." si ayah membalas :" demikian juga dgn wanita. sekiranya menjaga aurat dgn baik, taat pada perintah Allah, insyaallah syaitan, lelaki2 jongos dan jahat tdk akan mendekati, dan sekiranya terbuka sana, terbuka sini, nescaya nasibnya sama spt lolipop yang terbuka pembalutnya lalu terdedah di tempat terbuka,"..

si kecik faham..kemudian memeluk papanya sambil berkata :" adik sayang papa..luv u papa.".. si ayah puas kerana dapat menerangkan dgn baik..tanpa disedari ada manik2 jernih yang mengalir dr sudut matanya sambil mengenangkan apa nasib anaknya kelak dalam keadaan dunia yang penuh pancaroba kini..


copy dari: akhi fairuz al-jengkari (facebook)

Sunday, August 15, 2010

MeNgHiTunG HaRi...

entah kenape hati nie selalu menghitung ari yg mendatang????
mungkin macam-macam bakal belaku...

semakin ari semakin sibuk..
tido pun xmenentu...
banyak assgnment yg nak kene buat...
dateline dah nak dekat...
keje pun masih xsiap lagi....
mini prject pun belum start lagi..
entah bile nak buat....

Dengan tnggunjwab kat kamsis lagi...
dalam kelas..
dengan maa n aboh...
dengan family...
yang penting dengan mu Ya Allah....
semua aku cuba pikul dengan sebaik mungkin...

hari ini dah masuk 5 ramdhan...
ya Allah .....
diri ini rasa takut...
takut dengan semua yg akan terjadi...
rase macam belum sedia lagi...
hati resah n keliru...
adakah aku mampu menanganinya?????

aku sentiasa mengigatkan diri ini...bahawa.....

setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya....
dan Allah s.w.t tidak akan uji hambanya dengan ujian yg hambanya xmampu lakukan...

yakinlah dngan janji2 ALLAH.... maka takwl akan memenuhi hati... dengan itu datanglah ketenangan dan kecermelangan. apabila keluh resah melanda.. pejamkan mat dan berzikirlah kpd ALLAH..kerana antara punca manusia gagal bertawakkal adalah kerana melayani perasaan keluh ksah yg ditiupkan oleh syaitan....

Tuesday, August 10, 2010

selamat menyambut ramadhan al mubarak




macam xpecaya... sekejap je masa berlalu..
minggu nie dah nak start puasa....
xsabar rasenyer nak pose...
walaupun duduk kat negeri org...
kemeriahan bulan puase dapat dirasa...

moga ramadhan ini bukanlah ramadhan yg terakhir buatku...
amin....

Monday, August 9, 2010

KEISTIMEWAAN WANITA

Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasullah SAW) di dalam syurga.

4. Barang siapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.

5. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasullullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihd pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

20. Rasulullah s.a.w menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang bersangkutan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syhid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan menunjukkan betapa besar harkat yang Allah dan Rasul-Nya berikan kepada kaum wanita. Wallahu taa’la a’lam.

Alangkah bertuahnya anda yang bergelar wanita. Oleh itu banyakkan bersyukur dan bersabar dalam menghadapi liku-liku dalam kehidupan ini

Monday, July 26, 2010

ujian yang datang melanda

sudah sekian lama menyepikan diri..
hari ini baru terasa untuk berkongsi....

subhanaAllah..
segala puji hanya kepada mu ya Allah..
aku hanyalah seorang insan yang lemah..
yang sentiasa bergantung harap kepadamu...

aku sentiasa mengigatkan diri ini...
bahawa...
segala yang berlaku pasti ada hikmahnya..
walau berat mane sekalipun..
aku harus tabah....
supaya orang disekeliling aku tidak merasa sedih...

setiap hari airmata ini gugur...
takkala..aku teringat akan dirimu ya Allah...
adakah kau merindui aku???
sampai kau ingin mengambil balik amanah
yang telah kau berikan kepada orang tua ku....

aku sedar siapalah aku...
setiap org pasti akan kembali kepadamu...
tapi bersediakah aku...????
aku sentiasa takut ....
takut seandainya amalanku ini tidak mencukupi...
takut untuk meniggaalkan kedua orang tuaku yg tercinta...
takut akan segalanya....

ya Allah...
ku berharap keampunan darimu...
seandainya itu telah ditakdirkan...
aku redho...
kau tabahkan hati ku ini...
kau kuakanlah semangatku ini...
kau ampunkanlah segala dosa yg selama ini telahku lakukan...
amin...
amin...

Friday, June 18, 2010

TiTiPaN BuAt TeMaN

Ya Sodiqi.
sedarlah kita adalah penyambung dakwah Nubuwwat,
generasi yang dilahirkan untuk menegakkan kalimah "Lailahaillallah",
kita adalah umat terpilih untuk memperjuangkan Dinul Islam,
meneruskan perjuangan para sahabat dan Rasul junjungan,
dalam menegakkan agama Allah yang diredhai.

Wahai Rajul penegak Islami.
Hentikanlah kelalaian dalam mengharungi arus duniawi.
selamilah dirimu mencari kekuatan hakiki,
demi Islam yang dicintai.
Harumi jiwamu dengan tarbiah Islami,
agar hatimu sekental Umar Al-Khattab,Hamzah 'Asadullah dan Salahuddin Al-Ayubi,
tidak gentar berjuang di jalan Ilahi.

Duhai akhawat mukminah sejati,
inginku ingatkan kita adalah sayap kiri perjuangan lelaki sejati.
Kelembutan dan keindahan akhlakmu penghias peribadi.
Tuturmu berhikmah penuh teliti,
menjadi dambaan syabab pilihan Ilahi.
Pagari dirimu dengan syariat Islami.
Jadilah mawar berduri yang sukar dipetik lelaki,
agar mereka mengerti dirimu sukar dimiliki,
tanpa iman yang teguh di hati.

Wahai sahabat pendukung agama Allah,
hubungkanlah hatimu dengan ukhuwahfillah,
agar jiwa ini dekat dengan Illahi.
Tabahkan hati menempuh cubaan duniawi,
semoga syurga tempat pertemuan abadi.

Wednesday, May 19, 2010

MenHiTunG HarI sElePas eXaM......



alhamdulillah...syurkur padamu YA ALLAH...
akhirnya abih juga exam utk sem 2 nie...
setelah penat aku berusaha dan bertawakal padamu ...
lega rasanya....

akhir jun nie dah start sesi baru...sesi julai 2010..
ada teman persejuangan yg akan pergi k latihan industri(LI)...
berpisah lah kita... sedih rasanya...
tahun depan giliran ku pula yg kene g LI..
entah bila pula boleh berjumpa...

ada yg dah abih bljar kat sini...jadi mesti xdapat jumpe mereka...
huhu..sedihnya..
apapun...
ku doa semoga kalian semua akan berjaya dunia dan akhirat...
moga ukhuwah kita berkekalan....
aminn.....


# entah kenape tiba2 je rase nak luah prasan...

Tuesday, May 11, 2010

pAhITnYa PeRjUaNgAn...mAniSnYa SyuRga..


Tit..Tit…

Handphone jenama myiman kesayangan Khairunnisa’ berbunyi sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari bilik mesyuarat di blok pengurusan. Mesyuarat yang diadakan pada waktu malam memang sungguh memenatkan, namun demi tanggungjawab dan amanah yang digalas, dia redha…

Segera tangannya mencapai handphone di poket jubah birunya dan menekan butang read.

Assalamualaikum akak.. saya nak tumpang tanya sikit boleh?

Terukir senyuman di bibir gadis solehah itu sebaik sahaja melihat mesej daripada seorang insan yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Hidayah – namanya seindah tuannya, tidak pernah jemu mencari walau secebis cahaya Ilahi. Terkenang kembali detik-detik pertemuan mereka. Pada waktu itu Khairunnisa’ menyertai program wawasan desa anjuran kolejnya dan menginap di rumah Hidayah selama 4 hari. Di situlah ukhwah bermula, semuanya kerana Allah..

Waalaikumsalam adikku sayang… untuk adik, boleh je.. nak tanya apa ye?

Segera dia membalas. Sementara menunggu balasan, kaki terus dihayun menuju ke asrama. Bagaikan terbayang-bayang katil yang empuk di hadapan mata khairunnisa’. Segera dia beristighfar, mengelakkan diri dari mengeluh..

“Macam penat aje?” Sahabat karibnya, Aliyah menegur.

“Takpe. Sikit-sikit je.. awak pun penat juga kan?”

“Hm, lepas habis projek ni.. lega rasanya”

“InsyaAllah… ni baru kat kolej, dah kerja nanti mesti lagi banyak tanggungjawab kan? Amanah itu kan ringan di dunia tapi berat di akhirat”

Suasana senyap. Masing-masing cuba menilai prestasi diri… Kaki dihayun, hati berzikir…

* * *

Khairunnisa’ terduduk kepenatan. Rasa kasihan melimpah ruah melihat Aliyah terbaring kelesuan, apatah lagi tugas sebagai setiausaha yang disandang oleh Aliyah memang benar-benar menguji kredibilitinya. Khairunnisa’ yang hanya memegang tugas sebagai bendahari sudah terasa bahang kepenatan, ini kan pula sahabat yang dikasihinya itu..

“Bersabarlah sahabatku… Allah bersamamu”

Terasa ingin dikucup penuh kasih pipi milik sahabatnya itu, namun memikirkan kemungkinan dia akan terbangun, Khairunnisa’ membatalkan hasratnya…

Tit.. Tit…

Handphone myiman berbunyi nyaring. Khairunnisa’ bangun mendapatkan handphonenya.

New Message From Hidayah.

Tertera ayat itu pada skrin handphonenya. Butang read ditekan..

Macam ni akak, tadi saya pergi pasar malam… kat situ ramai lelaki-lelaki handsome, kalau tak ada iman memang dah lama dah habis saya ni… masalahnya kak, kalau saya jeling-jeling je lelaki tu boleh ke?

Khairunnisa’ termenung jauh. Mesej itu mengingatkannya pada firmanNya dalam surah An-Nur ayat 30 yang bermaksud :

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.”

Sejenak, dia teringat peristiwa pada petang tadi….

* * *

“Nisa, teman Aliyah kejap pergi pejabat ye… Aliyah nak serahkan proposal projek ni”

“Ye… Tapi Nisa tunggu kat luar aje lah ye”

“Ok”

Sementelah Aliyah masuk ke pejabat, Khairunnisa’ menghampiri Syafiqah yang duduk keseorangan di kerusi hadapan pejabat. Asyik mereka berbual sehinggalah datang dua orang muslimin sekelas-Ilyas dan Saiful menghampiri mereka. Khairunnisa’ kelihatan gelisah. Muslimin itulah yang kerap benar mengganggu hidupnya. Lama mereka berdiri di situ. Khairunnisa’ menundukkan pandangan sebaik mungkin.

“Tak balik Johor ke?”

Berderau darah Khairunnisa’. Dia tahu soalan itu ditujukan khas buatnya namun sengaja dia berpura-pura tidak mendengar. Kepala ditolehkan ke arah lain.

“Khairunnisa’ ”

Tegas suara itu memanggil. Tiada pilihan, khairunnisa’ menoleh sekilas.

“Tak kot” Lemah dia menjawab, kepala kembali ditundukkan.

“Johor kat mana?” Saiful pula mencelah. Khairunnisa’ diam.

“Kat Larkin kan?” Ilyas pula yang menjawab. Khairunnisa’ hanya mampu mengangguk lemah. Malunya tidak terkata. Apatah lagi melihat senyuman asing yang terukir di wajah syafiqah. Terasa seperti maruah diri dirobek-robek.. mahalnya sebuah harga diri!

Mujur, kelibat Aliyah kelihatan baru keluar dari pejabat. Cepat-cepat Khairunnisa’ mengatur langkah pergi dari situ.

* * *


Adikku sayang.. wanita yang solehah itu tidak suka memandang dan tidak suka dipandang.

Setitis demi setitis air mata Khairunnisa’ gugur mengiringi mesej itu… Terkenang kembali kelemahan diri yang masih menjadi perhatian kaum Adam.

“Ya Allah, moga kau ampuni dosaku… Kau berilah hidayah kepada sesiapa sahaja yang berada di sekelilingku”

Khairunnisa’ tertidur dalam sendu yang masih belum berhenti…

* * *

“Alhamdulillah.. semuanya telah selesai.. proposal sudah pun diluluskan. Sekarang ni tinggal nak pergi je ke destinasi” ceria suara Aliyah menyampaikan berita gembira menghiasi pagi Khairunnisa’.

“Syukur ya Allah… berbaloi juga hasil kerja keras kita selama ini… tak sia-sia kita korban kan masa dan tenaga demi mendapatkan hasil yang terbaik… Allah sentiasa menolong hambaNya yang bertaqwa kan Aliyah?”

Aliyah tersenyum senang. Orang mukmin itu tidak akan mudah mengalah kerana orang mukmin itu sentiasa mahu kan yang terbaik, bukan untuk dirinya tapi untuk Islam tercinta…

“Lepas ni. Bolehlah kita relaks ye Aliyah”

“Nisa! Tak boleh… kan kita dah nak final exam… Nisa ingat tak ustazah pesan apa?”

“Maaf Aliyah, Nisa terlupa…”

“Hm, takpe, itulah gunanya sahabat… saling melengkapi… ustazah kan pesan jangan sampai diri kita ni jadi fitnah kepada Islam, jangan kerana kita sibuk berpersatuan pelajaran terabai… nanti mengundang fitnah”

“Astarghfirullah… terima kasih Aliyah…”

Perjuangan menuntut ilmu tidak pernah mengundang lega tetapi lelah semata kerana perjuangan menuntut ilmu itu dikira sebagai Ibadat di sisi Allah, yang menjadi bekalan kita di sana nanti. Perjuangan itu mengundang air mata yang tidak pernah kan berhenti. Bila ditanya mengapa berjuang itu pahit? Simpan jawapan ini kemas-kemas dalam hati… kerana syurga itu manis!

Bagai terngiang-ngiang suara ustazah memberi pesan seperti seorang ibu kepada Khairunnisa’. Khairunnisa’ tersenyum lega… segera dia teringat kepada hidayah.

Handphone dicapai dan dia mula menaip..

Adikku sayang fillah… Gadis yang solehah malunya mengatasi perawan, beraninya mengatasi pahlawan, cinta bukan pada gambaran, rindunya bukan pada pertemuan tapi hatinya tersirat takwa keimanan… moga adik beroleh hidayahNya yang amat berharga…

Message sent!

Artikel asal : http://masturamohdyusuf.blogspot.com

Sunday, May 9, 2010

MiLiKiLAh sIFaT mAlU



Zaman mutaakhir telah menampakkan kita akan banyak kepincangan perilaku, merosotnya akhlaq dan tersebarnya kemaksiatan. Sebahagian manusia telah hilang rasa malunya kepada orang lain. Disebabkan hilangnya perasaan malu, pelbagai tingkah laku tidak senonoh telah ditonjolkan ke tengah-tengah masyarakat.

Malu adalah sebahagian daripada iman. Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim. Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu. Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.

Pentingnya memiliki sifat malu. Kerana dengan perasaan malu yang terdapat pada diri, seseorang muslim akan mencegah dirinya dari membuat perkara yang dilarang. Dia akan malu untuk melakukan perkara tidak senonoh dan bermaksiat. Dia akan malu untuk pergi ke tempat yang tidak sepatutnya. Dia akan malu untuk cuba-cuba sesuatu yang mungkar. Dia akan malu menzahirkan perilaku buruknya. Kerana malu telah menjadi perisai dirinya.

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amr Al-Anshari Al-Badri rodhiyallohu ‘anhu Dia berkata: Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda:

“Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.”
(HR Bukhari)

Ajaran para nabi sejak dulu hingga nabi terakhir, Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam ada sebahagiannya telah luput. Namun, malu adalah antara ajaran yang tidak luput hingga sekarang. Ini menunjukkan bahawa malu mempunyai nilai yang tinggi di dalam agama.

“Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu” bukanlah kata-kata galakan untuk manusia berbuat sesuka hati. Tetapi ia bermaksud ancaman buat manusia yang tidak mempunyai perasaan malu untuk berbuat kerosakan dan kemaksiatan. Maksud ayat tersebut juga adalah ingin memberitahu bahawa malu adalah perisai kepada diri seseorang. Tanpa malu, seseorang akan terdedah untuk melakukan kemaksiatan.

Pernah diriwayatkan bahawa terdapat seorang Ansar yang memberikan nasihat kepada sahabatnya tentang malu. Beliau menyalahkan sahabatnya yang selalu malu dalam banyak hal. Kebetulan ketika itu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam sedang lalu dan terdengar perbualan mereka berdua. Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam telah memberi pesan kepada orang yang memberi pesan kepada sahabatnya, dengan berkata: “Biarkanlah dia, kerana malu itu sebahagian daripada iman.”

Malah Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda tentang malu yang mafhumnya:

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman.”
(Shahih Muslim No.50)

Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda: “Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan.”
(Shahih Muslim No.53)

Muslimin-muslimat sekalian,

Antara faktor kepincangan nilai di dalam masyarakat adalah hilangnya rasa malu dari dalam diri. Anak akan mula mengangkat suara dan kurang ajar terhadap ibubapa akibat lunturnya malu. Pelajar mula tidak hormat kepada gurunya apabila sudah hilang malu. Lelaki mula melangkah ke tempat maksiat akibat dia membuang perasaan malu. Perempuan mula tidak sopan di khalayak ramai kerana pudarnya malu. Si gadis mula mempamerkan diri di khalayak ramai apabila kendurnya malu. Pasangan bercinta mula berjumpa dan bercanda kerana mereka sudah tidak malu. Orang ramai mula meminta-minta jawatan apabila cairnya malu. Pengguna jalan raya mula melanggar peraturan jalan raya dan bersikap tidak beradab apabila kurang rasa malu. Masyarakat mula dihinggapi perasaan ingin popular seperti artis dan menyanyi melalak terlolong akibat tidak malu. Pemimpin mula menganggap jawatan dan amanah sebagai batu loncatan mengaut keuntungan apabila pudarnya malu. Pemerintah mula melakukan kezaliman, juga akibat dari hilangnya rasa malu. Dan macam-macam lagi.

Pendek kata, apabila rasa malu mula sedikit demi sedikit hilang dari seseorang, maka terbukalah pintu kemaksiatan dan fitnah bakal bermaharajalela. Sebab itu sifat malu penting untuk seseorang jaga dan pelihara. Jangan terpengaruh dengan sistem pendidikan barat yang mengajar anak-anak mereka agar tidak malu. “Just Do It” antara kata-kata popular di kalangan remaja dan masyarakat. Walaupun ada kebaikannya kepada diri dan masyarakat akan kata-kata itu, namun ia perlu diperhalusi. Agar kaum muslimin tidak lari dari nilai agama yang diajar Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam.

Walaupun kita ummat ISLAM disuruh untuk memiliki sifat malu, namun dalam bab menuntut ilmu dan menyatakan yang haq kita seharusnya tidak terlalu dikongkong malu. Malah, wanita-wanita ketika zaman Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tidak menghalangi diri mereka dari bertanya dan mendalami ilmu pengetahuan. Mereka tidak malu dalam menuntut ilmu. Sifat ini wajar kita contohi.

Malah dalam pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa “Malu bertanya sesat jalan”. Ini menunjukkan bahawa dalam mengeluarkan diri dari kejahilan dan kekaburan, jangan kita malu untuk bertanya dan menimba ilmu. Selain itu, rasa malu untuk melakukan kebaikan juga tidak patut ada di dalam diri manusia. Kerana ALLAH subhanahu wata’ala menyuruh hamba-hambaNYA agar berlumba-lumba membuat kebaikan.

Letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya. Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita. Namun, sifat malu tidak boleh juga dibuang apabila membuat ketiga-tiga perkara kebaikan tersebut. Ini kerana malu akan menjadi sempadan diri agar tidak melampaui batas, walaupun dalam hal membuat kebaikan.

Mudah-mudahan ALLAH subhanahu wata’ala memberikan hidayah dan taufiqNYA kepada kita semua, amin.

Saturday, May 8, 2010

Demi Matahari

Tuesday, May 4, 2010

BIODATA RASULULLAH SAW·

sekadar pengkongsian ilmu...

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).·
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.·
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.·
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).·
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).·
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).


USIA 5 TAHUN·
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.


6 TAHUN·
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.


8 TAHUN·
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.


9 TAHUN
(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.


20 TAHUN·
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.


25 TAHUN·
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranyayang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.


35 TAHUN·
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ketempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut. Baginda saw digelar Al - Amin.


40 TAHUN·
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasulakhir zaman.


53 TAHUN·
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu BakarAl-Siddiq.· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.


63 TAHUN·
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
Khadijah Binti Khuwailid.
Saudah Binti Zam'ah.§
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).§
Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).§
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.§
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).§
Zainab Binti Jahsy.§
Maimunah Binti Harith.§
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.§
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).


ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra


ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam)

****** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.



di ambil dari sahabat..
محمد نور أمين amin

Monday, May 3, 2010

Di Uji Allah....

Ya Allah....
tiap kali engkau menguji aku...aku sangat bersyukur padamu...
bagiku...setiap ujian darimu adalah tanda engkau sayangkan hambamu ini...

Ya Allah...
hati ini sentiasa cuba untuk tabah,sabar menghadapi apa yg telah kau tetapkan...
namun aku takut...seandainya suatu hari nanti aku jatuh....

Ya Allah...
seandainya engkau telah mengambil kembali nikmat mu didunia ini... aku redho...
kerna aku yakin kau yang Maha Kuasa atas segalanya...dan engkau juga lah yg menentukan mana yang terbaik untuk hamba mu....

Ya Allah
jangan kau biarkan hambamu ini sesat,lalai didunia ini...
biarlah hamba tergolong dikalangan hambamu yg beriman

Ya Allah...
hanya padamu aku berserah...dan hanya aku meminta pertolongan..
perkuatkanlah imanku...
amin....

Saturday, May 1, 2010

jaNgan paNdang Remeh Dosa Kecik!!!!!



Ramai manusia tertipu oleh kata hatinya sendiri selepas diputar belit pengaruh syaitan. Syaitan berbisik ke dalam hati manusia: "Allah Maha Penyayang, rahmat-Nya meliputi segala sesuatu. Selepas kamu melakukan dosa kecil, mengapa Allah tidak juga menurunkan apa-apa bala ataupun azab disebabkan maksiat kamu itu? Bukankah dosa yang kamu lakukan itu ringan saja? Lepas buat bertaubatlah! Habis cerita. Jangan takut, amal baik kamu banyak lagi." Tidaklah semudah itu menanggalkan daki maksiat dalam jiwa raga kita. Jika dikiaskan maksiat seperti kotoran yang melekat pada kain, boleh dihilangkan dengan sekali cucian saja, alangkah mudahnya. Asalkan dicuci dengan taubat maka hilang serta-merta. Sedangkan kain yang selalu diberus untuk menghilang noda tidak akan bertahan lama. Pasti koyak rabak akhirnya. Inikan pula hati manusia. Jangan diremehkan dosa kecil. Semakin kerap ia dilakukan walaupun dengan diiringi taubat, ia akan merosakkan hati dan seterusnya memberi kesan kepada amal perbuatan keseluruhannya.


Apakah kesan daripada melakukan dosa kecil?

Merangsang untuk melakukan dosa besar. Jarang sekali ditemui seseorang yang tiba-tiba membunuh tanpa ada mukadimah pergaduhan atau pertelingkahan. Begitu juga orang yang berzina, pasti ada mukadimah rangsangan yang dilihat oleh matanya, ciuman atau sentuhan dalam pergaulannya.

Ibarat titisan air yang terus menerus boleh melubangi bongkah batu yang keras, maksiat dilakukan terus menerus akan memberi kesan kepada maksiat yang lebih besar lagi. Mata yang memandang gambar keji menjijikkan akan menyuruh kepada anggota badan yang lain untuk berzina. Sehingga Ibnu Abbas berpendapat: "Tidak ada dosa kecil jika terus menerus dilakukan. Kerana ia akan merangsang seseorang melakukan dosa besar." Kadang-kadang perbuatan baik yang dilakukan hamba walaupun kecil dan ringan, bagi Allah ia sungguh bermakna. Demikian juga sebaliknya, dosa yang bagi manusia sedikit tetapi cukup membuat Allah murka hingga hari kiamat. Seperti Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Adakalanya seseorang melepaskan sepatah kata daripada kata-kata yang diredai Allah yang dia tidak menyangka hal itu sedemikian rupa, tiba-tiba dicatat oleh Allah dalam keredaan-Nya sehingga dia berhadapan dengan Allah dalam keadaan diredai. Demikian pula ada kalanya seseorang bercakap sepatah kata daripada kata-kata yang membuat kemurkaan Allah yang dia tidak menyangka akan sedemikian rupa tiba-tiba dicatat oleh Allah dalam kemurkaan-Nya hingga hari kiamat."
(Hadis riwayat Imam Malik dan al-Tirmizi)


Berasa aman daripada azab Allah.

Orang yang sentiasa melakukan dosa kecil beranggapan dia boleh berpegang kepada tali rahmat dan kasih sayang Allah sehingga tidak akan mungkin terjatuh ke dalam jurang kebinasaan. Tetapi sayang, dia sesungguhnya lupa terhadap sifat Allah yang Maha Adil saat membalas setiap kejahatan. Bukankah sudah datang khabar daripada wahyu yang menyatakan perbuatan yang besar atau kecil semuanya tertulis dalam kitab catatan amal manusia? Setiap pandangan yang menyimpan syahwat, kebencian atau kedengkian segalanya dirakam dengan begitu rapi. Perkataan yang mewakili fitnah, ghibah dan kekotoran zina juga tidak luput daripada pemerhatian dua malaikat pencatat amal. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan diletakkan kitab catatan, lalu kamu akan melihat orang bersalah ketakutan terhadap apa yang tertulis di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak pula yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada tertulis. Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juga pun."
(Surah al-Kahfi, ayat 49)


Tetapi mengapa manusia masih merasa aman daripada azab dan hukuman Allah? Mungkin kerana azab Allah itu tidak terus diturunkan serta-merta selepas mereka melakukan maksiat. Cuba anda bayangkan selepas melayari laman web lucah seseorang terus dijangkiti penyakit mata merah yang rasanya gatal dan pedih bukan kepalang. Pasti tidak ada seorang manusia pun berani melihat benda keji seperti itu. Ataupun selepas mengumpat, mengeji dan memfitnah orang lain tiba-tiba orang itu terkena kanser di mulutnya. Selepas puas makan harta anak yatim perutnya membuncit. Perkara ini tak pernah berlaku disebabkan kelembutan Allah kepada makhluknya. Namun demikian, masih saja mereka yang bermaksiat itu berdalih: "Mengapa Allah tidak membalas kejahatanku ini? Aku masih hidup dengan limpahan nikmat-Nya, tidak ada musibah dan seksa yang menimpa diriku." Lantas dia menyangka baik apa-apa perbuatan jahat yang dilakukannya. Padahal Allah hanya menangguhkan balasan atas kejahatannya itu untuk menguji sekebal mana imannya melawan libasan pedang maksiat. Al-Quran menggambarkan manusia yang merasa aman daripada perbuatan maksiat dalam firman Allah yang bermaksud:

"Mengapa Allah tidak menyeksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu? Cukuplah bagi mereka Jahanam yang akan mereka masuki dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali."
(Surah al-Mujadilah, ayat 8)



Mencemarkan jiwa dan menghilangkan rasa nikmat dalam beribadah.

Dosa kecil yang dilakukan terus menerus walaupun boleh dihapuskan dengan melakukan solat dan berpuasa seperti mana disebut dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sembahyang lima waktu, Jumaat hingga Jumaat dan Ramadan hingga Ramadan menjadi penghapus dosa di antaranya. Jika kamu menjauhkan dosa besar." Akan tetapi kekerapan melakukan dosa bagaimanapun akan membawa pengaruh buruk dalam keseluruhan peribadi seorang Muslim. Setiap perbuatannya yang mewakili kejahatan akan membekas di dalam jiwa. Apabila perbuatan dosa itu semakin sedap dilakukan, maka akan dicabut nikmat dari dalam hati hamba ketika bermunajat kepada Allah. Dan digantikan dengan azab yang tidak nampak. Apakah bentuk azab itu? Tahukah anda azab yang paling menyakitkan berbanding kanser, muflis, dipulaukan kawan, dijarah harta benda, dilucutkan daripada pangkat dan jawatan bahkan diaibkan di dada akhbar? Azab ini begitu berbahaya, mematikan kesucian jiwa hingga meranapkan binaan iman. Azab yang melanda hati. Iaitu apabila hati tidak merasai kemanisan berdekatan dengan Allah, apabila kenikmatan ibadat itu telah dicabut daripada rongga hati. Selagi mana seseorang itu melakukan dosa dia tidak akan merasai nikmatnya beribadah. Apakah ada kekhusyukan ibadat bagi orang yang menyimpan amarah, dengki dan cemburu kepada orang lain? Adakah terasa nikmatnya berpuasa bagi orang yang tak pernah puas melayani hawa nafsunya? Adakah berkesan ibadat zakat dan sedekah bagi mereka yang tamak kepada harta orang lain? Adakah nikmat merasai kelazatan al-Quran bagi orang yang suka membaca aib orang lain dengan begitu teliti. Semua itu adalah akhir daripada rentetan panjang sejarah dosa kecil yang dilakukan, bermula secara senyap, sedikit dan tidak nampak. Akhirnya menjadi kebiasaan, terang-terangan tanpa rasa malu dan takut. Bermula melakukan dosa kecil berakhir dengan kejahatan besar yang menjadi penyesalan buat selama-lamanya.

Tuesday, April 27, 2010

TiPu DaYa SyAiTan


Tipu daya syaitan terhadap manusia supaya meninggalkan ibadat kepada Allah ada tujuh perkara menurut Imam Ghazali iaitu:

1. Syaitan melarang manusia taat kepada Allah. Sedangkan orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dan mengatakan: 'Aku mengharapkan pahala dari Allah. Untuk itu, aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal.'

2. Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah. Dia menghasut manusia dengan mengatakan : 'Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita masih muda atau sebagainya lagi.' ; Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan: 'Kematianku bukan berada ditanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal berlainan.'

3. Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan. Kata syaitan: 'Cepat beramal agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan-amalan lain.' ; Orang-orang yang selamat akan menolaknya dengan mengatakan: 'Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna.'

4. Syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain. Mereka yang dipelihara oleh Allah akan mengatakan: 'Bagi saya, penilaian cukup hanya dari Allah swt dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia (orang lain).'

5. Syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal: 'Betapa tinggi darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu.' ; Mendengar pujian ini, orang yang baik akan mengatakan bahawa: 'Semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan Allah dan bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allah yang melimpahkan taufik kepadaku untuk dapat beramal sehingga Dia meredhai dan memberikan pahala yang besar. Sekiranya tanpa kurniaanNya, apalah erti amalanku ini, jika dibandingkan dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepadaku, disamping dosaku yang bertimbun pula.'

6. Dengan gagalnya jalan kelima, syaitan akan menerapkan cara yang keenam. Cara ini lebih berat jika dibandingkan dengan cara-cara yang terdahulu dan manusia tidak akan menyedarinya kecuali orang-orang yang cerdik dan berfikir. Syaitan berbisik dalam hati manusia: 'Bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan sir (kejahatan), jangan sampai diketahui oleh orang lain .' ; Begitulah syaitan mencampur-baurkan amalan seseorang dengan penipuannya yang sangat tersembunyi. Dengan ucapannya itu syaitan bermaksud untuk memasukkan sedikit perasaan riak. Orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dengan mengatakan: 'Hai malaun (yang dilaknat), engkau tidak henti-henti menggodaku dan merosakkan amalanku dengan pelbagai cara. Dan kini, kau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku, padahal engkau bermaksud merosakkannya. Aku adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikanku. Jika berkehendak, Allah akan menjadikan aku mulia atau hina. Semuanya itu adalah urusan Allah. Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan manusia.'

7. Gagal dengan cara itu, syaitan akan meneruskan godaannya dengan cara lain lagi. Dia mengatakan: 'Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat kerana jika Allah telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak, maka meninggalkan ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika Allah menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka, maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka.' ;

Orang-orang yang dipelihara oleh Allah sudah pasti akan menolak godaan itu dengan mengatakan: 'Aku hanyalah hamba Allah. Wajib bagiku menuruti perintahNya. Allah Maha Mengetahui, menetapkan sesuatu dan berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendakNya. Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia, aku akan tetap beribadat untuk memperbanyakkan pahala. Sebaliknya, jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka, aku akan tetap meneruskan perbuatan ibadat agar tidak menjadi sebuah penyesalan bagiku. Sekiranya aku masuk neraka, padahal aku taat, itu adalah lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana melakukan maksiat.

Tetapi tidak akan demikian akibatnya kerana janji Allah pasti terbukti dan firmanNya pasti benar ; Allah telah menjanjikan pahala kepada sesiapa sahaja yang taat kepadaNya. Barangsiapa mati dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah, dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka, melainkan syurgalah tempatnya. Jadi, masuknya seseorang ke dalam syurga bukan kerana kekuatan amalan yang telah didirikan, tetapi kerana janji Allah yang suci murni dan pasti! Kelak, orang-orang yang berbahagia dan beruntung akan mengatakan; Segala puji bagi Allah yang membuktikan janjiNya dengan syurga, Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita.'

Sesungguhnya dalam mentaati Allah, terlalu banyak godaan dan tipu daya syaitan yang perlu kita lalui. Bandingkan segala permasalahan dan perbuatan kepada keadaan tersebut dan pohonlah perlindungan Allah swt agar terlindung dan terpelihara dari kejahatan syaitan. Sesungguhnya segala sesuatu itu berada di bawah kekuasaan Allah dan kepadaNyalah kita mengharapkan taufiq dan keredhaan. Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung.

Sunday, April 25, 2010

6 perkara yg menyempurnakan iman

1.memerangi musuh Allah dengan pedang.
2.tetap menyempurnakan puasa walaupun di musim panas.
3.tetap menyempurnakan wudhu meskipun di musim dingin.
4.tetap bergegas menuju masjid (untuk melaksanakan Solat berjamaah walaupun mendung.
5.meninggalkan perdebatan dan berbantah-bantahan walaupun ia tahu bahwa ia berada di pihak yang benar.
6.bersabar saat ditimpa musibah.

MenDaPaT CiNtA ALLAH

1. Membaca Al-Qur'an dengan penuh penghayatan

2. Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan perkara-perkara sunah

3. Senantiasa mengingat Allah Ta'ala di setiap keadaan, baik dengan: lisan, hati, dan perbuatan yang tercermin dalam segala kondisi;

4. Lebih mementingkan kecintaan Allah Ta'ala daripada kecintaan kepada seorang hamba;

5. Menelaah asma dan sifat-sifat Allah dengan hati;

6. Memikirkan nikmat-nikmat Allah, baik yang nampak maupun yang tersembunyi;

7. Remuk tunduknya hati karena Allah Ta'ala

8. Berkhalwat dengan Allah pada waktu turunnya Allah (ke langit dunia, yaitu sepertiga malam yang akhir sampai dengan waktu fajar-ed);

9. Bergaul dengan orang-orang yang jujur dan mencintai Allah, serta mengambil hasil terbaik dari perkataan mereka;

10. Menjauhi setiap sebab yang menghalangi antara hati dengan Allah Ta'ala

-----------------------------------

Ringkasan dari Perkataan Ibnul Qoyyim di dalam kitab Madarijus Salikin: 3/17.

Dikutip dari Buku Ensiklopedia Mini Muslim karya Abdul Aziz bin Muhammad bin Abdullah As-Sadhan. Penerbit Pustaka Arafah

Monday, April 5, 2010

PEMILIK CINTANYA SETELAH ALLAH DAN RASUL





novel terbitan telaga biru


Novel ringkas ini mengisahkan Qaniah, seorang wanita yang sangat berhati-hati dalam menetapkan pasangan hidupnya. Keimanan yang tinggi dan kepercayaan yang menyeluruh terhadap Islam membuatkan beliau menggunakan segala pendekatan yang diajar Rasulullah SAW untuk hanya menerima pasangan hidup yang benar-benar dapat mendidik beliau dan keluarga ke jalan rahmat. Berkat kesabarannya itu, beliau akhirnya berjaya menemui PEMILIK CINTANYA, setelah Allah dan Rasul.

sangat berpegang pada prinsip dan ajaran islam..
boleh menjadi satu panduan buat semua umat islam dalam mencari cinta sesama manusia selepas cinta yang hakiki..iaitu..ALLAH S.W.T. dan kekasihnya rasulullah s.a.w..

Tuesday, March 30, 2010

MaLuMu BerHaRgA

malu itu indah
malu itu fitrah
janganlah menjadi orang yang langsung tidak tahu malu
bergaul bebas- sebebasnya
sesama lelaki dan perempuan itu bukanlah sepatutnya akhlak seorang muslim,
berpada-padalah,
jagalah iman sesama sendiri.

Wednesday, March 17, 2010

COUPLE

alhamdulillah...bertemu kembali
setelah sekian lama...diriku tidak mencoretkan sesuatu di laman ini.. akhirnya hari ini berpeluang untuk smbung kembali...

islam melarang untuk bercouple...
semua sudah tahu hal ini...
bahkan ada yang tahu.. namun masih lagi meneruskan perhubungan ini...

memang tidak dinafikan... kita akan suka apabila ada seseorang yang sangat menyayangi kita... take care pasal kita...sentiasa bersama kita...apatah lagi ianya datang dari seseorang yang bukan dari kalangan kita (bukan family)...

namun perhubungan itu perlulah dijaga..ini kerana..apabila kita bercouple...sudah tentu kita akan terjerumus dalam penzinaan...

sedangkan dalam AL-QURAN ada menyatakan....hindarilah/jauhilah zina..... apatah lagi untuk terbabit dalam perzinaan.... subahanallah..

bagi saya..untuk mengelak dari terjadinya couple ini mudah saja....
balik kepada pegangan kita..islamkah kita?? yakinkah kita dengan islam?? amalkah kita dengan ajaranya??? jika semua jawapannya "YA".. insyalallah.. kita tidak mudah terjerumus dalam hal ini...

kalu kita nak kan sesuatu.... kita perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh...
begitu juga dengan islam.... berusahalah untuk mendalami islam...
mendalaminya sikit pun tidak mendatangkan kerugian... malah islam itu membuatkan jiwa seseorang menjadi tenang..

dalamilah ISLAM..ikutilah ajaranya...insyaallah..bahagia didunia mahupun akhirat adalah milik kita...

Sunday, February 28, 2010

15 PERKARA PERLU DIKETAHUI....





1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadimainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa iaakan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalamkehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yangtingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Danhati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam dimalam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukankebahagiaan.

JANGAN!!!!!!!


buat renungan bersama.....

  • JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
  • JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
  • JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  • JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat).
  • JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki Kita dikongsi syaitan.
  • JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
  • JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
  • JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
  • JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
  • JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
  • JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  • JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.